.

.

Wednesday, 1 February 2017

MESYUARAT PANITIA SAINS DAERAH HULU SELANGOR BIL 1/2017





.............Pada 1hb Februari 2017, telah diadakan Mesyuarat Panitia Sains Daerah Hulu Selangor Bil 1/2017 bertempat di bilik Pendeta Zaa'ba PPD Hulu Selangor. Semua Ketua Panitia Sains bagi 51 buah sekolah telah hadir dalam mesyuarat tersebut. Dengan penganjuran utama, pihak Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor, Pegawai PPD diwakili oleh Puan Suraya Binti Karim Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sains Dan Matematik, . 

.............Guru Besar yang ditugaskan mempengerusikan Panitia Sains Daerah Hulu Selangor pada kali ini ialah En. Samsudin Bin Ahmad yang bertugas mentadbir SK Lembah Beringin. Beliau menggantikan pengerusi tahun 2016, Guru Besar SK Kuala Kubu Bharu Dua yang ditugaskan mempengerusikan Panitia Bahasa Inggeris bagi tahun 2017.

.............Antara agenda mesyuarat, disamping membicarakan hal berbangkit dan agenda baru 2017, pihak PPD Hulu Selangor secara rasminya telah menyampaikan watikah perlantikan Guru Sumber Sains Daerah Hulu Selangor. Seramai 17 orang pada hari tersebut telah menerima watikah perlantikan bagi sesi 2017 / 2018. Diharapkan mereka yang dilantik menerima amanah yang diberikan dengan penuh kebertanggungjawaban memacu semua sekolah di daerah bagi memastikan prestasi pencapaian subjek sains UPSR Daerah Hulu Selangor akan cemerlang, gemilang dan terbilang di Negeri Selangor.






No comments:

Post a Comment