..............Bermula Selasa, 11hb Julai sehingga 4hb Julai serta 1hb dan 2hb Ogos 2017, telah diadakan Kem Perkasa Sains Dan Matematik Daerah Hulu Selangor di Dewan Ungku Aziz UPSI, Tanjung Malim, Perak. Program tersebut dianjurkan oleh Unit Sains & Matematik Rendah PPD Hulu Selangor bersama Panitia Sains & Matematik Daerah Hulu Selangor.
.............Perasmian Kem tersebut telah disempurnakan oleh Y.B. Datuk Rosni binti Sohar, ADUN N5 Hulu Bernam dengan jayanya. Semoga Kem Perkasa Sains Dan Matematik yang diadakan memberikan impak yang baik kepada semua peserta kursus yang akan menjalani Ujian UPSR pada bulan September nanti...